Monday, July 5, 2010

Tergagap-gagap...grrrr...

Masa dulu you hilang lama,
Semuanya I punya angkara,
Tetapi sekarang you pulang semula,
Nampak macam tidak sengaja...

Bukan lah you jatuh cinta,
Maksud I you ada,
Mana-mana I pandang you ada,
Sedangkan hakikatnya you tiada...

Tetapi apa yang boleh I buat?
I takut juga suatu hari nanti you meluat,
I tau diri I ini tidak cukup hebat,
You pun tahu hati I ini tidak kuat...

Tetapi you tahu kan kenapa I macam ni?
You masih ingat semua benda yang terjadi?
Walaupun geseran antara cantuman ribuan tali,
Yes baby itu memang pertama kali...

Perasaan I ini masih boleh ditampung,
Tindakan drastik juga masih boleh dibendung,
Tapi takut dan tidak tahu siapa yang boleh tolong,
I tidak mahu nanti you pandang serong...

15 June 2010

2 comments:

  1. Your style of writing remind me of Know No, rapper from Sarawak.

    The way he express his feeling through his song(s).

    ReplyDelete