Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal

Selamat tinggal hanya untuk masa yang telah berlalu,
Namun segala yang telah berlaku akan melengkapi jiwa ini,
Hati ini,
Akal ini,
Deria ini,
Sentuhan ini,

Parut kekal,
Tulisan diri separa sedar yang akan selalu menasihati aku,
Menaikkan makam aku ke satu aras lebih tinggi,
Seiring dengan kiraan umurku.

Maafkan aku diatas segala yang terjadi,
Itu kadang-kadang bukan kehendakku,
Jangan jadikan ia pahit untuk dirimu,
Terbanglah.. Sebagaimana aku mahu terbang..

2010

Monday, December 28, 2009

migrain

sakit kepala
migrain seperti sungai yang mengalir
mengisi ruang waktu
yang selalunya terbazir
senak benak
bodoh
serakah
kebingungan
berdekah
sangap
tolol
puji-puji
buruk sangka
denyut
denyut
denyut
...
denyut
babi
argh!
sakit kepala
aku mahu kafein lagi
tak mahu berhenti
sampai mati!

kafein, sigaret, ghock n gholl!


AT
10.25 malam, 28 dis 09, bilik rahsia, pening kepala lagi.

Friday, December 25, 2009

Aku

Aku tidak layak...
Untuk bermadah,
Untuk merasai,
Untuk melihat,
Malah untuk bermimpi sekali pun.

Aku hanya getaran zarah hina,
Dipeluk sifat melankolia,
Berpadu dengan susuk tubuh dalam pelukan sendiri,
Tanpa kehadiran getaran zarah lain.

Biarkan aku minggir dalam gerakan troli gila ini.