Saturday, December 3, 2011

Langit cerah berubah menjadi kelabu suram
Sambaran petir bergema di kejauhan antara langit yang hitam
Pohon-pohon bergetar saat angin melalui ranting-rantingnya
Hujan pun turun

Wednesday, November 16, 2011

Erti

Dalam perhubungan.. Jika ada masalah, terus terang..
Bagitahu secara terus kepadanya..
Jangan bermain minda,
Memberitahu pada orang lain adalah taboo..
Kerana ia boleh mengundang tidak puas hati pada sebelah pihak.
Dan motif menceritakan?

Tiada..

Tiada penyesaian..

Hanya, membuka keburukan pasangan pada pandangan orang lain..

Dan dunia semakin cepat penyebaran maklumat..

Monday, October 31, 2011

Aku bercerita tentang kerana

Lepas sebulan,
Oi saudara, lepas pakai tarik la tali tuh. Bukan kene tarik lori tayar 10 pun.
Kemarin katenye,
Pui, takat kau la pek limo oghang, den tampa pocah muko sonsoghang.
Baru sehari,
Aik askar malaya? Dah berhenti?
Selalu,
Kalau masuk boleh di baham anjing.
Sehari sebelum itu,
Kaki dah luka. Jalan keluar tah mana-mana, takpe-takpe.
Kini hari esok,
Hmmmm

Friday, October 21, 2011

Malah jika aku masih berdiri sesaat lagi.






Untuk saat kedua,







Untuk ketiga,






Jika boleh,
Selamanya.

Tuesday, September 6, 2011

Masih rock n roll

Laluan penuh kabus di persimpangan pokok-pokok getah,
I love rock and roll nyanyi si Joan Jett,
Nyalaan lampu memberi isyarat merbahaya,
Lalu pemandu lori memberikan isyarat ke kiri,
Sila potong dengan hati-hati,
Aku masih lagi benci setan kuning DIGI.

Tuesday, June 7, 2011

-




Aku jatuh
Jatuh - terlantar - terlentang dengan senang hati
Mengamati jarum saat yang berdetak-detak pergi
Yang mana setiap detik itu menyayat aku hancur luluh.





14/5

Wednesday, May 4, 2011

bangkit

bangkit
bersama tulang-tulang reput berselerakan
dan sayap api membara menjulang tinggi
dari kubur ini.

bruno?

payung
bogel
terpandal
terus atau gugur?

Tuesday, May 3, 2011

Mukhsol

Aku adalah malam.
Musuhku ialah siang.
Aku ialah pemalang.
Kepada setiap pintu bahagia.


(Ini adalah kali terakhir aku menulis di sini. Dan terima kasih semua)

Friday, April 22, 2011

Wrong decision...

How long has it been since I last felt this way,
How far is the drift that has gone astray,
To think I could go on without losing composure,
To carry on with this life excluding you from the picture...

You will always be there in the shadow of my heart,
Harassing whats left of whats been built from the start,
It has been years of me harboring this continuous torture,
For I have chosen a perverse turn from my life's juncture...

Bone
22 April 2011
4:31 am

Saturday, April 9, 2011

bangkit dari kubur


awal minggu,
mereka keluar menjadi zombi

tengah minggu,
zombi mula mencongak mimpi

hujung minggu,
mereka keluar mengharungi mimpi
atau mati bermimpi

tulus asli


yang datang setelah hujan membasahi kegersangan
yang datang selepas persembahan wayang kulitnya disembah
yang datang sekian kali turun dari bintang-bintang
hipokrasi normal ditemui di sana sini

tulus asli
ada di celah gigi
dalam peti
terbunuh sepi

lepaskan
dan tinggalkan
di sudut oblivion

lokasi persepsi


masih lagi
di sini
dulu sekarang
esok entah di mana
harapnya bukan di sini dan di sana

di situ bebas, ya di situ

satu per satu

satu per satu kian rebah
menyembah
tersembah
disembah

cerita lain,
satu per satu kian hilang
menghilang
dihilangkan
terhilang

cerita lain lagi,
satu per satu kian dirampas
terampas
merampas
diramas padu-padu

haih.

hari-hari betis berisi

cukuplah aku dan alat-alat sulit ku,
makwe-makwe sering meninggalkan aku sepi
dalam kamar tidur, aku memandang syiling,
bila lagi dapat aku hilangkan air di kepala tinggi?

tewas lagi

dia berkata dengan angkuh
"ini hanyalah permulaan seketika, kau akan tinggalkan ini selari dengan masa"
setiap kali teringat, buatkan tangan ini tergenggam erat dengan bara api
ada masa dan peluang, tentu sahaja wajah mu terjadi beg pelepas nafsu.

ya, masa berlalu sepi
ini dan itu bersemi
satu pun tak menjadi
pulang tanpa harga diri
telan segala pahit biji kopi
seperti biasa, tewas dan ngeri

Monday, March 28, 2011

Monday, March 21, 2011

1103212337666


tak perlu menipu
aku ke sini
atau ke situ
bila buntu
dan tertekan
menekan, ditekan, melekat
rantai
penat
lesu
lebam
gaduh
dipukul
pokol
marah, ego, horny, teruja, stim, payau, gamam, gebu, tingtong, pondan, makwe, nuklear, kebabom
entah
luah
muntah
keluar
pintu
tidur
kutu rayau
malam, lampu neon, jalang lengang, hujan ringan, lepas hujan, fobia
demam, batuk, jangkitan kuman, selsema
aku tak peduli
rambut makin panjang
parti liar
penis
ganja
roket
litar sepang
pening
warna merah hijau selari
nikotin
upacara menyembah lubang jamban
pening lagi
dua muncung botol heineken di bibir
tolak ke tepi
musik bingit yang sejuk
liverpool di kaca tv
esok berputar lagi
entah bila dapat bersua kembali
rambut hitam panjang
bibir halus
leher halus
mata
mata mata
mata mata mata
hati
jantung deras berlari
hidung berhembus oksigen - karbon dioksida
putih menyeri disalut sutera biru laut langit azura
katil retak
tenggelam dalam pelukan mu, cahaya
ciuman liar
kucupan liar
horny
memandu laju ke bawah lembah klang
dari bukit ampang
stim lagi
bulan kelmarin terang, bulat, dekat
anjing menganjing auwwww...
roadblock di siang hari selepas jambatan, sungai nya kotor coklat, tak sanggup untuk minum
malam juga sebelum hujan, sebelum susur keluar ke sempadan MRR2 dan Kesas
atau selepas Mines
ditahan berapa kali?
kerana apa?
mukanya bengis, aku berkeras tak beri lesen ditangannya
duri
gari
kari
nasi lemak 50 sen
tebal juga
nipis dompet
beli komik dan obsesi
zine dan kata kerja
menggergaji
leher sendiri

Thursday, March 10, 2011

(3)

Suara yang membisik itu
membuatkan segalanya kelihatan biru
dan aku hampir mampu melihat angin yang menyerbu
membikin delusi tanpa perkataan yang mampu sewujudmu

..

Wednesday, March 9, 2011

Setitis air hujan

bahagia bersama setitis air hujan,
Terbentuk dek H2O yang berat di langit,
Gugurnya umpama sebuah pengembaraan,
ingin bersama setitis itu,
Melalui liku-liku pengembaraan,
Mencipta sejarah yang halus,
bagai dimagnetisasi oleh titis itu,
Ingin melihat apa di pengakhiran,
Menusuk tanah,
Menyubur tanaman,
Lahirnya tumbuhan,
Fotosintesi nya menghasilkan H2O,
Naik kelangit mencipta awan,
Atau......
Mengalir dari pergunungan,
Mensuci laluan demi laluan,
Terkumpul di hujung lautan,
Hidup si penyu... hidup si SpongeBob Square Pant,
Kondensasi kembali ke awan,
bahagia bersama setitis air hujan :-)

Tuesday, March 1, 2011

(2)

Aku punya sebayu angin, yang aku simpan di dalam saku
dan aku keluarkan semula, untuk duduk sama-sama
kemudian mendengar aku cerita
tentang aku dan dia.
Wahyu yang aku tulis untuk engkau.

..

Monday, February 28, 2011

(1)

Ke mari kau rapat ke dada
dengar hati aku kata apa

Wednesday, February 23, 2011

Berdiri dihujung dermaga

Kau kah yang telah mati?
Atau kamikah yang mati?
Senafas pun tak lebih!
Tak. Kami bukan berdiri untuk itu.
Sebagai subjek?
Kami akan lebih objektif.
Akan terbuka apabila kami terjun dari dermaga ini!
Akan terjadi tanpa perlu sealur bukti.
Kami akan lihat sendiri dibawah dermaga ini,
Harapan untuk dermaga yang lebih seni.

Wednesday, January 19, 2011

Tanggungjawab atau Tanggung Jawab?

Kasihan rumput itu, dipotong orang selalu
Kasihan bola itu, ditendang tampar orang selalu
Kasihan bunga itu, dipetik layu selalu
Kasihan sinki itu, diludah orang selalu
Kasihan kertas itu, dikoyak orang selalu
Kasihan kasihan itu, menjadi lakonan selalu