Monday, April 26, 2010

Untuk Satu Hari Yang Pasti Aku Lewat

Aku tidak bening dari malam itu.
Delinkuen? Ya, sejak bila aku berdoa pula?
Nafas aku gugus, sipi mampus
mengakali halwa yang apa? Apa?


Aku hamil, oleh kamu.
Aku hamil, kerana kamu.
Aku hamil, kerana kamu sentuh hati aku
dengan hati kamu.


Tiga ratus malam, cuma satu darinya aku bingkai
hanya satu aku kenal, aku simpan
di antara setiap galang nafas aku sedut
manakala akal aku terpejam, ia majal!


Aku tahu aku sudi akhirnya
untuk satu hari nanti.

1 comment: