Friday, January 15, 2010

Jom Heboh!

KL Sentral, 11.34 pagi, Jumaat 8hb Jan 2010

Setelah berjaya mendapatkan kad diskaun perjalanan pelajar KTMB, perut aku terasa berkocakkan.

"Mi, aku nak berak jap.."

"alahh kau..hmm okay-lah, aku tunggu kat KFC'

Kawan aku, Azmi jalan terus, aku pula terus belok ke kiri - arah tandas yang terdapat seorang cleaner berwajah Bangla di pintu masuk.

Selesai upacara 'menurun', di ikuti upacara 'mandi limau'.

Aku capai salur paip, aku pulas macam biasa. Zzzraashhhh!!

Pokemon.. Tekanan air yang melampau kuatnya. Aku bernasib baik sebab kepala paip belum aku sua ke arah lubang keramat. Kalau tak, dah tentu bersepah sisa pepejal yang terlekat kena seluar corduroy. Sebagai tindakbalas separa sedar, aku halakan terus pancutan air deras itu ke atas lantai di hadapan aku.

Air terpecik hingga ke lantai luar.

Kemudian, aku kecilkan air dan aku halakan ke punggung. Selang 2 saat, orang di cubicle sebelah turut sama membuka pili. Tekanan air paip aku jadi semakin lemah, selemah titisan air embun di daun keladi. Aku besarkan air. Aku mula mencebuk dengan lega. Namun kelegaan aku cuma seketika.

Zzzraashhhh!!

Tetiba air paip aku jadi deras menggila, sebab orang sebelah menutup pilinya. Aku terus halakan kepala paip ke lantai depan aku sebelum melaraskan kembali pili air. Aku dah menyirap. Berkecah. Habis air sampai terkeluar-keluar ke lantai luar. Kejadian kecil-besar-kecil-besarkan air berulang-ulang. Aku rasa macam orang sebelah saja nak mempedajalkan aku. Sampai satu ketika orang sebelah mungkin dapat meneran dengan sempurna, dia dah tak main buka-buka paip, dan aku pula tentunya dapat membersihkan dubur dengan kadar kelajuan air yang stabil seperti yang diharapkan.

Tenang dan selesa.

Tiba-tiba bunyi walkie-talkie dan tapak kaki beberapa orang berlegaran di ruang luar cubicle aku. Fikiran kartun aku melayang di luar kotak. Aku terfikir jika mereka adalah polis yang ingin menangkap suspect, dan suspect yang dicari itu adalah aku! Gila tragis hadas besar aku kali ni. hehehe.. merepek sakk.. Selepas itu, kedengaran perbualan orang yang sedang mundar-mandir di hadapan cubicle aku itu dengan suara dari walkie-talkie tersebut. Biji butir perbualan tidak begitu jelas, tetapi aku dapat mengagak bahawa orang di luar itu sedang mencari sesuatu..

"Apa heh?"

Tukk..tukk..tukk..

Pintu tandas aku di ketuk.

Aku terkejut dan muhasabah diri. "Apsal eh?..apa aku buat?" Aku betul-betul tak faham, seriously.

Tukk..tukk..tukk..

Kali ini kedengaran lebih tegas dengan pertanyaan yang buat aku rasa marah berbaur segan. Kiwak sungguh.. Nasib baik aku dah nak sarung seluar.

"Encik..encik..encik buat apa dalam tu cik..?" (Tukk..tukk..tukk..)

"Encik mandi ke encik..?" (Tukk..tukk..tukk..)

"Encik jangan mandi kat sini encik.." (Tukk..tukk..tukk..)

Aku membatu sambil tarik zip seluar.

"Encik oooo encik.. encik jangan mandi cik.." (Tukk..tukk..tukk..)

"Encik kalau nak mandi kat tingkat bawah cik.." (Tukk..tukk..tukk..)

"Encik.." (Tukk..tukk..tukk..)

Aku buka pintu. Seorang melayu sambil memegang walkie-talkie dan bangla toilet cleaner kelihatan surprise melihat rambut aku yang kering.

"Errr..ingat tengah mandi tadi..sorry ye encik..hehehe", kata melayu tersebut dan si Bangla di sebelahnya ketawa kecil.

Aku terus complained sambil memerli orang cubicle di sebelah yang masih berhadas untuk menerangkan perihal paip yang menggila.

Kecoh.

2 comments: