Tuesday, November 10, 2009

Hujan

Bunyi lesau ini seperti berbisik kepadaku.
Dengan dendangan kisah memuji Maha Esa.
Bagai lesekan indah sang pemain viola berbakat.
Aku hanyut dalam simfoni indah ini.

Guruh bergendang lerum menambahkan rasa suam jiwaku.
Dengan pancaran kilat menyedut segala akal sedarku.
Sayup, berirama dondang sesama mereka.
Dengan tarian sang kerakal penurap bumi.

Daun-daun yang terlerah dari induknya berombak pergi.
Pergi meninggalkan cahaya jiwa peneman peristiwa.
Mengikut kata angin sejuk pengulik sang keciwa.
Menuju cahaya baru diberi pelangi selepas kelam awan.

Aku terbuai,
Melihat biasan cahaya kaca pecah titisan hujan.
Pembuka naskah episod baru suatu kehidupan.
Mengetrok jiwa ini dengan suapan nafas segar berbau hujan.

Aku suka akan hujan.
Hidupan tidak bernyawa yang memberi makna mengkhayalkan.
Mengeringkan peluh manusia seketika untuk memuji yang Maha Kuasa.
Allahuakbar!
Ampuni hamba mu yang selalu lupa memuji kebesaranMu ini.

No comments:

Post a Comment