Friday, June 25, 2010

Gerbang Seransang

Lebih-lebih memang tak baik.
Dalam hati buat racun.
Nanti menular lalu berjangkit.
Elok lupa dari mendabik.
Kalau tak macam mana tuhan nak ampun.
Tutup gerbang sebelum jiwa melekit.

Saturday, June 19, 2010

Cepat lah you...

Sekarang you tahu apa I perlukan,
Now tell me apa you punya tindakan?
Mahu realisasikan you and me?
Or you just nak biarkan I macam ini?

Baik you cakap sebelum terlambat,
Explain dekat I selagi you sempat,
I boleh terimalah I bukan budak kecil,
Tidak semestinya usaha kita berhasil...

Sebab siang malam you yang I kenang,
Some say lautan api I sanggup berenang,
I bersedia to just leave it to destiny,
Tamatkan drama and fill my book of history...

Tuesday, June 15, 2010

Ada sunyi yang mencelah pada galau yang rumit
kerana aku faham
jika dibuang buana ini, cakap kah? Terjangkaukah aku?
Bila perawi menjaja tentang siapa aku
ianya sama erti dengan mengorak dosa.



Sekali lagi aku belakangkan Kamu,
dosa apa yang belum aku lengkapi?

..

Friday, June 11, 2010

Mahsyurkan

Zine sampahkarat ketiga akan dilancarkan pada hari Sabtu ini bertempat di The Annexe, Central Market, Kuala Lumpur. Tiga dari penulis blog ini terlibat dalam projek tersebut.


Apa yang menarik ialah, bukan hanya zine dari sampahkarat saja akan dilancarkan, tapi terdapat banyak lagi zine-zine dari seluruh negara akan dimasyhurkan serentak dalam majlis yang sama, "PELANCARAN NOTA-NOTA GERILA".


Setakat RM5.00, RM 10.00 kamu keluarkan dari poket. Untuk beli buku.


Shuffle, shuffle jugak. Rempit, rempit jugak. Punk, punk jugak. Kan semua tu knowledge?


Nak dapat knowledge kan kena baca buku?


Pergi order, cepat!

..

Tuesday, June 8, 2010

bahagian

bahagian yang :
terkeras
tersukar

terkandas
tertunda

terikat
tertambat

terpadat
tersumbat.



28/5/10

merah

selendang merah membujur di kaki langit
puisi-puisi terbang bertebaran
ke langit infiniti yang merambat gelap
perlahan-lahan lenyap,senyap..

muntah.



24/6/09