Wednesday, January 4, 2012

Kegelapan Di dalam Diablo III

Tarian demi tarian,
Dicelah-celah dedaun hitam,
Kering dan mati.

Gesekan demi gesekan,
Antara yang halus dan yang kasar,
Simfoni kekeruhan.

Hembusan siulan,
Hanyir melalui serpihan,
Demi serpihan.


ARRRRRGH bile lagi bile lagi?

Saturday, December 3, 2011

Langit cerah berubah menjadi kelabu suram
Sambaran petir bergema di kejauhan antara langit yang hitam
Pohon-pohon bergetar saat angin melalui ranting-rantingnya
Hujan pun turun

Wednesday, November 16, 2011

Erti

Dalam perhubungan.. Jika ada masalah, terus terang..
Bagitahu secara terus kepadanya..
Jangan bermain minda,
Memberitahu pada orang lain adalah taboo..
Kerana ia boleh mengundang tidak puas hati pada sebelah pihak.
Dan motif menceritakan?

Tiada..

Tiada penyesaian..

Hanya, membuka keburukan pasangan pada pandangan orang lain..

Dan dunia semakin cepat penyebaran maklumat..

Monday, October 31, 2011

Aku bercerita tentang kerana

Lepas sebulan,
Oi saudara, lepas pakai tarik la tali tuh. Bukan kene tarik lori tayar 10 pun.
Kemarin katenye,
Pui, takat kau la pek limo oghang, den tampa pocah muko sonsoghang.
Baru sehari,
Aik askar malaya? Dah berhenti?
Selalu,
Kalau masuk boleh di baham anjing.
Sehari sebelum itu,
Kaki dah luka. Jalan keluar tah mana-mana, takpe-takpe.
Kini hari esok,
Hmmmm

Friday, October 21, 2011

Malah jika aku masih berdiri sesaat lagi.






Untuk saat kedua,







Untuk ketiga,






Jika boleh,
Selamanya.

Tuesday, September 6, 2011

Masih rock n roll

Laluan penuh kabus di persimpangan pokok-pokok getah,
I love rock and roll nyanyi si Joan Jett,
Nyalaan lampu memberi isyarat merbahaya,
Lalu pemandu lori memberikan isyarat ke kiri,
Sila potong dengan hati-hati,
Aku masih lagi benci setan kuning DIGI.

Tuesday, June 7, 2011

-




Aku jatuh
Jatuh - terlantar - terlentang dengan senang hati
Mengamati jarum saat yang berdetak-detak pergi
Yang mana setiap detik itu menyayat aku hancur luluh.





14/5