Sunday, November 22, 2009

latest art...

Lots of stories have been told,
Some are new but most of it old,
Many happy thoughts yet little tears i could hold,
Now the heart is cold and everything is sold...

No more dreams of hope u Grinch,
Only tales of u getting hitched,
No more flying high u selfish Witch,
Only images of u getting lynched...

Well i guess its a new start,
Ill take precautions and be smart,
Something inspired me for my latest art,
Now i can reassemble my tragically torn heart...

setisu-tisunya...

Thursday, November 19, 2009

Akal Berjiwa-jiwa

"aku ada 1 akal.."

jiwa kau ada berapa pulak?

jiwa resah
jiwa lelah
jiwa sangkut
jiwa sedut
jiwa lesu
jiwa layu
jiwa halus
jiwa tulus
jiwa gersang
jiwa garang
jiwa tenang
jiwa lapang
jiwa tidur
jiwa lipur
jiwa hitam
jiwa legam
jiwa luluh
jiwa lusuh
jiwa sepi
jiwa mati

setiap insan dikurnai jiwa
setiap jiwa diwarnai akal

kerana itu akal diamnya ditempat paling atas pada setiap insan..

"lu pike la sendiri..assssalameleykomm~~"

Putus...

Kemana kamu pergi?
Kenapa kamu lari?

Kamu kejam...tahu?
Tiada perasaan langsung!

Kamu ingat kamu siapa?
Kamu ingat kamu dari golongan bangsawan?

Hmm...
Aku tidak lagi hormat terhadap kamu...
Membazir sahaja selama ini...

Kamu ingat kamu bole lepas?
Kamu ingat kamu pandai melompat?

Kamu hancurkan hidup aku...
Wawasan aku tiada punya wawas lagi...
Cuma tinggal an sahaja...an apa kamu tanya?

Anjing...

Hai lah kecewa...
Kenapa aku terjumpa kamu?
Kenapa kamu setuju merapati aku?
Aku menyesal lah!!aku menyesal!!
Kamu tahu itu?

Aku mahu kamu tahu...
Aku mahu semua tahu...

Aku kurang bijak...
Aku lebih bodoh...

Kerana percaya kamu...
Kerana buat kamu percaya aku...

Kenapa kamu percaya aku?
Kenapa kamu tidak endahkan aku dahulu?

Hmm...
Setiap hari perasaan aku bergaduh...
Setiap hari aku gembira juga...

Hang Sayang pertahankan pendirian...
Hang Benci mahu bersendirian...

Sudah lah...
Nyah kamu dari fikiran aku...
Pergi kamu dari dunia aku...

Kamu ingat ya...
Semuanya berakhir disini...
Semuanya putus disini...

Aku bukan mahu belas kasihan...
Aku bukan mahu bekas orang...

Aku mahu permulaan baru...
Aku mahu hidup tanpa bayang kamu!!

Monday, November 16, 2009

Teman Tapi Korek-korek Bau

cadangan jahat separa serious aku kepada sahabat
untuk membalas dendam...

"pe lagi....untuk aku...hehehe"

akhirnya meracuni sahabat..
sangat licik dan halus

kau tetap yakin untuk bertarung dalam perangkap muslihat

aku harap,
kau berjaya jinakkannya
dan
kau takkan hanyut dan jatuh...
kerana aku kenal benar

....

makhluk itu memang perosak!


*Semoga Allah Panjangkan Umur Bosssss~~*

Merampas Biru Di Langit

Kamu gugurkan kata. Aku guguskan rasa, merakam sehelai masa. Memujuk, hati tak bertuan.


Lagi...katakanlah lagi.

..

Thursday, November 12, 2009

Hujan II

Pecutlah cecair kaca menyembah bumi,
Segagah semangat menahan mati,
Memberi cahaya hidupan sepi,
Hilangkan nafsu insan sedang mengangah diri..

Mengiang~
Mana kamu?
Aku rindu akan kamu,
Aku rindu pada cahayamu yang mengerna...
Mengih aku menantimu,

Kiambang tunjuklah sekali lagi padaku,
Arah horizon langit yang sama letaknya mengiang,
Walau bertentangan dengan bintang trapezium,
Jangan berdalih alasan memintas kepercayaanku..

Mengiang??
Ahh!! Itu kamu..

Ampuh dirimu menahan sejuk bersama aku,
Jangan berdiam sahaja ketika aku sesat,
Mari,
Aku mahu lena seketika bersamamu..


...

Pedih Cetus Seni

seni itu halus
beribu anggapan,
sejuta pemerhatian..

seni itu muncul dikala sunyi
dibelit kepedihan
alur bahasa, buah fikiran
mengalun sastera..

sastera

bla bla bla..

sastera!

kepedihan telah berlalu kira-kira 750 hari
aku
tak pernah lupa rasa itu
cuma sastera semakin menghilang bersama dendam..

apakah kepedihan pencetus seni?

seni itu halus
beribu anggapan,
sejuta pemerhatian..